KPKT peruntuk RM5.43 juta bagi pembangunan daerah Kuala Kangsar

Iklan
Kor Ming (empat, kri) menyerahkan replika cek berjumlah RM4.43 juta kepda Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Dr Sakduddin Zamli (tiga dari kanan) ketika mengadakan Lawatan Kerja ke Projek Manaik Taraf dan Membaik Pulih Kolam Renang Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto Bernama

KUALA KANGSAR - Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM5.43 juta melibatkan 21 projek pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di daerah Kuala Kangsar.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, semua projek itu perlu disiapkan sepenuhnya menjelang 31 Disember tahun ini dan peruntukan tertinggi disalurkan kepada projek menaik taraf dan baik pulih kolam renang milik Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bernilai RM1 juta.

Iklan
Iklan

"Selain itu, sebanyak RM993,000 disalurkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Kangsar bagi melaksanakan lima projek pembangunan setempat.

"Sebanyak RM600,000 diperuntukkan bagi projek menaik taraf lampu LED di Taman Bandar, Kuala Kangsar bernilai RM600,000. Tiga lagi projek bernilai RM500,000 melibatkan naik taraf lampu LED di kawasan MPKK, longkang di Taman Lintang Makmur, Sungai Siput Utara (U) serta ruang niaga di Chandan Putri, Kuala Kangsar,” katanya pada sidang media selepas meninjau Kolam Renang MPKK di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali dan Yang Dipertua (YDP) MPKK, Dr. Sakduddin Zamli.

Kor Ming berkata, peruntukan melalui KPKT itu juga akan disalurkan sepenuhnya kepada MPKK untuk menyelaras dan memantau projek yang dilaksanakan.

Iklan

"Pihak kami meminta supaya semua pihak yang terlibat akan membuat Analisis Kos Faedah (CBA) yang bertujuan bagi memastikan tiada pembaziran berlaku dalam setiap projek berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, peruntukan yang diluluskan ialah belanjawan berasaskan prestasi yang bertujuan memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.

"Kita mempunyai 150 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini dan suka saya mengingatkan bahawa setiap PBT yang menunjukkan prestasi terbaik (pembangunan projek) akan mendapat tambahan peruntukan di masa akan datang,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!