PERKESO sasar 1 juta pencarum SKSPS tahun ini

Iklan
Steven Sim (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek tajaan SKSPS untuk penjaja kawasan Bukit Mertajam di Pasar Awam Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam pada Sabtu.

BUKIT MERTAJAM - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyasarkan sejuta pekerja sektor gig dan bekerja sendiri mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) pada tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, sehingga kini lebih 500,000 pencarum aktif yang dilindungi menerusi skim berkenaan yang menyediakan pelbagai faedah sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM100 juta menerusi Belanjawan 2024 untuk menanggung 90 peratus nilai caruman SKSPS.

"Kita mahu mereka tahu walaupun bekerja sendiri mereka boleh dilindungi dan berpeluang menikmati pelbagai faedah antaranya faedah perubatan, kehilangan upaya sementara dan kekal sekiranya ditimpa kemalangan.

Iklan

"Jadi kita berharap lebih ramai golongan bekerja sendiri akan mengambil peluang ini untuk mencarum SKSPS bagi membolehkan mereka dilindungi ketika menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Penyampaian Tajaan SKSPS Kepada Penjaja Kawasan Bukit Mertajam di Pasar Awam Taman Sri Rambai di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen dan Pengarah PERKESO Pulau Pinang, Rafidah Abdul Rahim.

Iklan

Pada majlis berkenaan, seramai 2,000 penjaja yang berdaftar di bawah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menerima manfaat penuh SKSPS yang mana 90 peratus bayaran caruman untuk tempoh setahun ditanggung kerajaan manakala 10 peratus lagi dibiayai wakil rakyat setempat.

Sementara itu, Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, sehingga 31 Mac lalu, PERKESO telah mengeluarkan faedah berjumlah hampir RM5 juta kepada Orang Berkerja Sendiri (OBS) yang mencarum SKSPS di seluruh negara.

Jelasnya, pencarum menerima manfaat dalam bentuk faedah sekali gus membantu meringankan beban yang ditanggung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 mengumumkan peruntukan RM100 juta sebagai subsidi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO kepada pekerja sektor gig dan bekerja sendiri.

Melalui subsidi tersebut, pekerja dalam sektor ini hanya perlu membayar RM23.30 setahun untuk caruman pelan kedua SKSPS, berbanding jumlah asal RM232.80 setahun.

Bakinya akan dibiayai oleh Kerajaan.

Dengan hanya RM23.30 setahun ataupun 6 sen sehari, pencarum boleh menikmati lapan jenis faedah termasuk Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan dan sebagainya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!