Waktu Subuh di Perak ditambah lapan minit mulai esok
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
IPOH - [DIKEMASKINI] Waktu solat Subuh di Perak ditambah lapan minit daripada waktu sedia ada berkuat kuasa esok, kata Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.
Beliau berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah agar waktu subuh bagi seluruh negeri menggunakan parameter 18 darjah di bawah ufuk berbanding 20 darjah di bawah ufuk sebelum ini.
Iklan
Iklan
Menurut Zamri, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah membuat keputusan bahawa hukum solat subuh yang dilaksanakan sebelum perubahan itu adalah sah dan tidak perlu diqada.
"Ditegaskan juga, perubahan ini hanya melibatkan waktu Subuh sahaja, tanpa melibatkan waktu-waktu solat yang lain.
Iklan
Iklan
"Orang ramai boleh merujuk laman sesawang atau laman Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak bagi mendapatkan waktu solat Subuh terkini dan maklumat lanjut mengenai perubahan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>