Jangan gadai masa depan kerana mahu 'lepas geram' - Guan Eng
Iklan
Guan Eng ketika menyampaikan ucapan pada Malam Perpaduan Sempena Hari Pekerja 2024 di Dewan Serbaguna Chuang Rasa di sini pada malam Khamis.
HULU SELANGOR - Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu diingatkan agar memilih calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei nanti demi kesejahteraan dan masa depan lebih cerah generasi akan datang.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, dengan memilih Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan membolehkan pelbagai pembangunan dinikmati nanti.
Iklan
Iklan
Ujarnya, rakyat di kawasan yang terdiri daripada komposisi campuran itu juga dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan sentimen dimainkan pihak tertentu.
"Jangan kerana hendak lepas geram (tidak puas hati dengan perkara tertentu terhadap Kerajaan Perpaduan) kita gadai masa depan anak-anak kita.
Iklan
"Pastikan 11 Mei nanti kita undi dan sokong PH. Bukan sebab hendak menangkan Sock Tao (semata-mata) tetapi untuk diri sendiri supaya Kuala Kubu Baharu lebih membangun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Perpaduan Sempena Hari Pekerja 2024 di Dewan Serbaguna Chuang Rasa di sini pada malam Khamis.
Iklan
Turut hadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Sock Tao.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, bagaimanapun mengakui Kerajaan Perpaduan tidak sempurna dan ada kelemahan.
"Kos sara hidup sebagai contoh perlukan masa untuk diselesaikan. Tapi saya hendak tanya, adakah kalau sokong pembangkang boleh dapat lebih? Tentu tidak.
"Jadi, sokonglah calon PH dan perlahan-lahan kita akan selesaikan masalah kerana kita boleh minta bantuan kerajaan di negeri dan juga Pusat," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.