Terengganu tidak anak tirikan pembangkang
Iklan
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM920,000 di 32 Dun bagi melaksanakan hari keluarga termasuk di Dun pembangkang.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, setiap Dun akan mendapat peruntukan sebanyak RM30,000 bagi pelaksanaan program itu.