Malaysia kekurangan 30,000 jurutera

Iklan
Anwar berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di RTC Bandar Baru Tunjong pada Khamis.

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia sekarang kekurangan 30,000 jurutera.

Justeru beliau berkata, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mesti dipertingkatkan.

Iklan
Iklan

"Sebab itu saya beri jaminan kepada kerajaan Kelantan, baik melalui TVET, kepintaran buatan (AI) kita akan beri layanan sama kepada anak Kelantan.

"Kita mahu semua menguasai ilmu supaya tidak ketinggalan," katanya semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong di sini, pada Khamis.

Iklan

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Menurut beliau, rakyat Malaysia menguasai teknologi AI kerana ia merupakan tuntutan pada masa kini.

Iklan

Ujarnya, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan negara ketinggalan dalam perkembangan teknologi.

Anwar memberitahu, pelajar-pelajar sama ada di maahad tahfiz, sekolah TVET atau universiti mesti diberikan kesempatan untuk bersama-sama menguasai ilmu baharu ini.

Katanya, untuk itu beliau meminta pihak Microsoft untuk menjadi penasihat dalam pembangunan teknologi AI di negara ini.

Tambah beliau, ia susulan pertemuannya dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella di Putrajaya pada pagi Khamis.

Microsoft pada Khamis mengumumkan pelaburan besar berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam infrastruktur awan dan AI bagi tempoh empat tahun akan datang, sejajar dengan inisiatif 'Bersama Malaysia' yang dilancarkan pada 2021.

Satya dilapor menyatakan komitmen syarikat itu untuk menyokong transformasi AI Malaysia bagi manfaat semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata, komitmen teguh Malaysia terhadap infrastruktur digital telah meletakkan asas yang kukuh ke arah usaha melaksanakan pendigitalan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!