Sze Fei-Nur Izzuddin kemudi Malaysia ke separuh akhir Piala Thomas

Iklan
Sze Fei-Nur Izzuddin menghadiahkan mata kemenangan buat Malaysia ketika menentang Jepun dalam aksi suku akhir pada Khamis. Foto BAM

MALAYSIA menempah slot separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menewaskan juara edisi 2014 Jepun, 3-1 dalam perlawanan suku akhir di Gimnasium Pusat Sukan Zon High-Tech Chengdu, China pada Khamis.

Beregu nombor dua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menghadiahkan mata kemenangan buat kem Piala Thomas selepas menjinakkan Akira Koga-Taichi Saito,18-21, 21-15, 21-12 dalam aksi 66 minit.

Iklan
Iklan

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terlebih dulu menjelmakan mata pertama selepas menjinakkan Kenta Nishimoto straight set, 21-13, 21-3 dalam masa 33 minit.

Bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila tewas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi,21-18,14-21,19-21 dalam masa 67 minit.

Iklan

Pemain perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao kembali menceriakan kem Malaysia apabila meletakkan semula pasukannya kembali memimpin perlawanan selepas menang straight set ke atas Koki Watanabe, 21-13, 21-10 dalam masa 35 minit sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin mengesahkan mata ketiga.

Menanti Wooi Yik dan rakan di separuh akhir pasukan tuan rumah China yang juga juara 10 kali selepas menyingkirkan juara bertahan India, 3-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Iklan

Pencapaian menjinakkan Jepun di pentas lapan terbaik menyaksikan Malaysia mengakhiri kemarau lapan tahun mara ke separuh akhir sejak edisi 2016 di Kunshan, China.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!