Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 34,600 orang

Iklan
Kawasan kejiranan yang musnah di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza akibat serangan Israel. Foto AFP

ANKARA - Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, seramai 77,816 penduduk telah cedera dalam serangan tentera rejim.

Iklan
Iklan

"Sekurang-kurangnya 28 rakyat Palestin terbunuh dan 51 lagi cedera dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam lepas.

"Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat pergi kepada mereka," kata kenyataan itu, lapor Agensi Anadolu.

Iklan

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lebih enam bulan selepas konflik Israel-Hamas, 85 peratus penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang pada Januari mengeluarkan perintah sementara supaya Tel Aviv menghentikan genosid dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan disediakan untuk orang awam di Gaza. - Bernama- Anadolu

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!