Polis kesan suspek ceroboh rumah, curi telefon bimbit

Iklan
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek dipercayai menceroboh sebuah rumah dan mencuri dua telefon bimbit dalam satu kejadian di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa. Foto Ihsan PDRM

PETALING JAYA - Polis sedang giat mengesan dan memburu seorang individu dipercayai menceroboh sebuah rumah di kawasan Damansara Damai, dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya terkesan satu video klip berdurasi satu minit 22 saat dimuat naik di laman sosial TikTok berhubung kejadian itu pada Rabu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, klip video tersebut memaparkan seorang lelaki telah cuba menceroboh masuk ke rumah mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 37 tahun.

"Semakan dibuat mendapati pada jam 8.01 pagi, pihak polis Petaling Jaya telah menerima laporan berhubung satu kejadian ceroboh rumah.

Iklan

Kata beliau, semasa bangun dari tidur jam 7 pagi pada hari kejadian, mangsa mendapati pintu hadapan rumah telah terbuka dan diceroboh oleh individu tidak dikenal pasti.

Menurut beliau, mangsa dipercayai mengalami kerugian sekitar RM500.

Iklan

Jelas beliau, pihaknya kini berusaha mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!