Ketegangan tercetus antara pelajar Pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS

Iklan
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan yang melawat tapak perkhemahan yang didirikan pelajar universiti. Foto AFP

WASHINGTON - Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan yang melawat tapak perkhemahan yang didirikan pelajar universiti berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

Lawatan itu disertai ahli Parlimen James Comer, Byron Donalds, Lauren Boebert, Anna Paulina Luna dan Eric Burlison di tengah-tengah demonstrasi yang berterusan di institusi pengajian tinggi di seluruh AS sebagai solidariti dengan Palestin.

Iklan
Iklan

Penggubal undang-undang Republikan itu bertemu dengan pentadbiran fakulti bagi mendesak khemah yang telah didirikan oleh pelajar selama seminggu ‘dimusnahkan’.

Bagaimanapun pelajar universiti memberikan reaksi yang tegas terhadap kehadiran ahli Parlimen berkenaan yang diberikan kawalan keselamatan yang ketat dengan menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan AS yang didakwa 'bersubahat' dalam konflik di Gaza.

Iklan

Pengawal keselamatan yang mengiringi ahli Parlimen itu dilihat beberapa kali menyuraikan penunjuk perasaan.

Sementara itu sebahagian pelajar dirakam turut menyanyi semasa ahli Parlimen Republikan itu mengadakan sidang media selain menggunakan pembesar suara mendesak sokongan untuk Gaza. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!