Mahkamah keluar waran tangkap terhadap wanita abai anak sampai mati

Iklan
Laporan Sinar Harian

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang wanita kerana gagal hadir untuk sebutan semula kes mengabaikan anak kandung perempuannya berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematiannya Mac lalu.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh, Noraini Haron, 42.

Iklan
Iklan

Pada 1 April lalu, Noraini dengan teman lelakinya Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Prosiding pada Khamis adalah untuk mengemukakan laporan forensik, namun hanya Mohd Khairul yang hadir ke mahkamah manakala Noraini tidak hadir termasuk penjaminnya walaupun telah jam 10.20 pagi.

Iklan

Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan Nuraireen Afeeya Muhammad Padzl berusia tiga tahun telah mengabaikan kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan kematian.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Iklan

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dengan syarat perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!