70 pusat tahfiz, pondok belum berdaftar di Pahang - Exco

Iklan
Syed Ibrahim

KUANTAN - Sebanyak 70 pusat tahfiz dan pondok daripada 199 institusi pendidikan agama di Pahang belum berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed ibrahim Syed Ahmad berkata, keadaan itu menyukarkan Kerajaan Pahang untuk menyalurkan bantuan kepada institusi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya Kerajaan Pahang dan Persekutuan telah memperuntukkan hampir RM13 juta bagi membantu pusat pengajian persendirian ini seandainya berdaftar.

Beliau memaklumkan banyak permohonan pendaftaran ditolak kerana disebabkan beberapa faktor berkaitan seperti, silibus pengajian, kesihatan, keselamatan dan isu tanah pusat berkenaan.

Iklan

Jelasnya, perkara ini gagal dipenuhi, namun pihak JAIP membantu dan memberi nasihat bagi membolehkan pendaftaran pusat tahfiz berjaya dilakukan.

"Kita sebenarnya mahu pengusaha pusat tahfiz dan pondok agar dapat mematuhi ketetapan ini demi kepentingan pusat pengajian dan pelbagai faktor lain," katanya.

Iklan

Justeru, Syed Ibrahim berharap pemilik pusat pondok dan tahfiz menyegerakan pendaftaran bagi membolehkan mereka mengembangkan dakwah dan mendapat pelbagai inisiatif daripada kerajaan negeri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!