Gaji tinggi, tanggungjawab bertambah

Iklan
Laporan Sinar Harian.

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji bagi sektor kerajaan melebihi 13 peratus bermula 1 Disember ini mendatangkan kebahagiaan kepada penjawat awam di seluruh negara.

Beliau berkata, kadar itu tertinggi dan terbaik pernah berlaku dalam sejarah negara.

Iklan
Iklan

Pengumuman yang dinanti-nantikan itu sedikit sebanyak mampu memberi kegembiraan kepada penjawat awam susulan peningkatan kos sara hidup sekarang.

Walaupun penguatkuasaan kenaikan gaji itu pada Disember hadapan, namun kebanyakan kakitangan boleh mula melakukan persiapan bagi membuat simpanan pada masa akan datang.

Iklan

Selain itu, kenaikan gaji tersebut menunjukkan kerajaan yang dipimpin Anwar menitikberatkan kebajikan penjawat awam terutama kumpulan pelaksana.

Adakah dengan kenaikan gaji itu mampu membantu mereka bagi menampung kos sara hidup yang kian meningkat kini?

Iklan

Pada masa sama, setiap penjawat awam disarankan untuk bekerja dengan lebih bertanggungjawab dan melaksanakan semua tugasan diberikan dengan lebih beramanah.

Integriti perlu ada dalam diri setiap kakitangan bagi memenuhi piawaian setiap ikrar yang dibacakan agar kenaikan gaji itu bukanlah satu perkara yang sia-sia.

Sebelum ini, media melaporkan, kenaikan gaji penjawat awam dapat mengurangkan gejala rasuah sekali gus meningkatkan integriti dan motivasi kehidupan kumpulan itu di negara ini.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, ia kerana terdapat kaitan yang tinggi di antara faktor rasuah dan kos sara hidup.

Jadi, dengan kenaikan gaji itu mampu mengurangkan kes rasuah yang semakin membarah dalam kalangan penjawat awam di negara ini.

Sementara itu, pendapatan mereka berkemungkinan akan digunakan bagi menjana ekonomi di negara ini, jadi peningkatan harga barang itu akan turut berlaku selepas penguatkuasaan gaji berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!