SPRM boleh intai-intai skandal pejabat tanah

Iklan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

MINGGU lepas pelakon drama tempatan, Amar Baharin terkejut apabila tanah milik ibu bapanya di Semenyih dikatakan ada dua geran dengan geran asal dipegang oleh ibunya.

Amar juga kecewa kerana masalah itu masih tak selesai walaupun sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Bagi Merak Jalanan, kes tanah ibu Amar itu adalah secebis daripada beribu-ribu isu yang membabitkan pejabat tanah di seluruh negara.

Dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa, kerja tak cekap dan birokrasi merupakan antara yang selalu Merak Jalanan dengar mengenai operasi di pejabat tanah.

Iklan

Kelmarin, ketika bersembang dengan seorang kawan tentang kes Amar itu, dia juga turut kongsikan kes yang hampir sama terjadi kepada sebidang tanah milik keluarganya di Terengganu.

Dia terkejut bila tiba-tiba wujud geran-geran atas nama saudara mara yang tak ada hak langsung ke atas tanah itu.

Iklan

Bila dia rujuk kes kepada pejabat tanah, pegawai yang bertugas boleh pula beri jawapan yang senang;"Ooohhh kes ini diuruskan oleh pegawai lama tapi dia pun sudah tak bertugas di sini.”

Macam gitu saja orang pejabat tanah lepaskan diri daripada masalah yang berlaku di jabatan mereka.

Kadang-kadang Merak Jalanan hairan, agensi-agensi di bawah kerajaan negeri dengarnya memang ada Unit Integriti masing-masing yang bertanggungjawab memantau, menyiasat dan mengambil tindakan atas salah guna kuasa atau pecah amanah dalam kalangan penjawat awam.

Kalau dalam isu pejabat tanah ini bukan sikit yang Merak Jalanan dengar pasal kepincangan integriti tapi mana fungsi Unit Integriti Pejabat Tanah?

Merak Jalanan rasa mungkin SPRM boleh berikan tumpuan khusus kepada pejabat-pejabat tanah di seluruh negara dalam usaha untuk membanteras skandal penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam agensi berkenaan.

Kerajaan negeri juga terutamanya menteri besar di semua negeri yang majoritinya memegang portfolio membabitkan tanah perlu berikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam usaha memulihkan imej pejabat tanah ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!