Surau Tuan Tabal berusia 163 tahun kembali dibaik pulih
Iklan
Keadaan dalam Surau Tuan Tabal sudah bersih dan kini dalam proses pembaikan sepenuhnya. - Foto: Masjid Muhammadi
KOTA BHARU - Surau Tuan Tabal yang berusia lebih 163 tahun bakal menjadi satu lagi sejarah pusat pengajian agama apabila pihak pengurusan Masjid Muhammadi berusaha memulihara dan membaik pulih surau terbabit.
Tuan Tabal atau nama sebenarnya Wan Abdul Samad Wan Muhammad Saleh merupakan seorang tokoh agama terkenal di Kelantan ketika itu.
Iklan
Iklan
Penjaga salasilah keluarga Tuan Tabal daripada generasi kelima, Nik Abdul Rahman Nik Mustapha berkata, surau di Lorong Tok Semian dalam bandar Kota Bharu itu dibaik pulih kira-kira 50 tahun lalu dan kini memerlukan lebih banyak pembaikan kerana strukturnya yang uzur.
"Binaannya yang sangat lama menyebabkan struktur surau runtuh dan kami sekeluarga berpakat membuat binaan baharu pada tahun 1974 di atas tapak asal," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Nik Abdul Rahman berkata, kerjasama membersih dan membaik pulih antara pihak masjid dan ahli keluarga tahun ini membolehkan solat sunat tarawih dilaksanakan semula Ramadan lalu selepas puluhan tahun tidak berfungsi.
Beliau memberitahu, masih ada beberapa ruang yang perlu dibaiki termasuk tandas, kemudahan air dan tempat wuduk bagi memberi keselesaan kepada jemaah.
Hairul Aziz (tengah) bersama meninjau Surau Tuan Tabal pada Selasa - Foto: Masjid Muhammadi
Iklan
Ujarnya lagi, surau itu merupakan pondok pengajian dan pusat penyebaran ilmu agama sehingga Tuan Tabal meninggal dunia pada tahun 1894.
Bagaimanapun jelas beliau, usaha Tuan Tabal kemudian diteruskan oleh beberapa ahli keluarga lain sehingga ada dalam kalangan mereka berhijrah dan tidak dapat menjaga surau berkenaan.
Katanya, kini sebuah rumah bersebelahan surau turut diwakafkan kepada pegawai Masjid Muhammadi bagi memudahkan pengurusan penjagaan tempat ibadah itu.
"Rumah itu pernah didiami oleh beberapa tokoh agama termasuk bekas mufti Kelantan dan bekas imam Masjid Muhammadi," katanya.
Beliau berharap usaha pihak masjid dapat menarik lebih ramai jemaah bagi mengimarahkan surau berkenaan.
Pihak pengurusan Masjid Muhammadi turut merancang beberapa program agama bermula Jumaat ini termasuk zikir Jumaat, kuliah Maghrib dan kelas al-Quran.
Selasa lalu, Imam Tua I Masjid Muhammadi, Hairul Aziz Mokhtar bersama meninjau surau berkenaan untuk tindakan dan perbincangan lanjut.
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.