Sarawak laksana kajian tambah baik, naik gaji penjawat awam negeri - Abang Johari
Iklan
Abang Johari - Foto: Fail Bernama
SIMUNJAN - Kerajaan Sarawak akan melaksanakan kajian untuk menambah baik termasuk meningkatkan gaji penjawat awam negeri itu, kata Premier Sarawak ,Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Beliau berkata, kajian tersebut yang dijangka mengambil masa kira-kira satu bulan setengah akan meneliti pelbagai faktor.
Iklan
Iklan
"(Usaha menambah baik) ini akan melibatkan implikasi kewangan (kepada Sarawak) tetapi saya lihat kita boleh menanggung kenaikan (gaji) yang akan kita umum dalam masa sebulan setengah lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Simunjan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengenai kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini antara tertinggi dan terbaik.
Iklan
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, kerajaan juga akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan berbanding pada masa ini jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam ialah RM1,795 sebulan.
Perincian mengenai kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2025 yang dijangka pada Oktober depan. - Bernama
Iklan
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>