Pentadbiran AS tekad capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken

Iklan
Antony Blinken

ANKARA - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) 'bertekad' untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas, lapor Agensi Anadolu (AA).

Blinken membuat kenyataan itu semasa pertemuannya dengan Presiden Israel, Isaac Herzog ketika beliau memulakan perbincangan dengan pemimpin Israel.

Iklan
Iklan

"Walaupun dalam tempoh sukar ini, kami bertekad untuk mendapatkan gencatan senjata dan membawa pulang tebusan - dan untuk mendapatkannya sekarang," kata Blinken, menurut media Israel.

Diplomat tertinggi AS itu tiba pada Selasa di Israel yang merupakan persinggahan ketiga selepas Arab Saudi dan Jordan, sebagai sebahagian daripada lawatan serantaunya untuk rundingan bagi gencatan senjata di Gaza.

Iklan

Hamas menuntut untuk menamatkan serangan berterusan Israel ke atas Gaza sebagai balasan untuk sebarang perjanjian tahanan dengan Tel Aviv.

Perjanjian sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 warga Israel dan 24 warga asing sebagai pertukaran untuk 240 rakyat Palestin, termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.

Iklan

Israel melancarkan serangan berterusan ke atas wilayah Palestin sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Okt lepas.

Lebih 34,500 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita serta kanak-kanak dan ribuan cedera menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan keperluan yang teruk. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!