25 rumah kongsi terbakar di Pulau Perhentian

Iklan
Sebanyak 25 buah rumah kongsi musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian. Foto JBPM Terengganu

BESUT - Sebanyak 25 buah rumah kongsi didiami lebih 81 pekerja buruh binaan musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian, dekat sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.09 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Seramai enam anggota bersama pegawai telah digerakkan ke lokasi kejadian di Pulau Perhentian dengan menggunakan bot aluminium yang terletak pada jarak kira-kira 30 kilometer (KM) dari darat.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mendapati api telah merebak sehingga menyebabkan 25 daripada 33 buah kongsi telah terbakar.

Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. Foto JBPM Terengganu

Iklan

"Bagaimanapun tindakan pantas anggota bomba berjaya mengelakkan lapan buah lagi baki rumah kongsi berhampiran daripada turut terbakar," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Muhammad Basri berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut.

Iklan

"Operasi itu turut bantu oleh pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).

"Punca sebenar kebakaran dan kerugian masih lagi dalam siasatan," ujarnya.

api telah merebak sehingga menyebabkan 25 daripada 33 buah kongsi telah terbakar. Foto JBPM Terengganu

Dalam pada itu, Muhammad Basri turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang kebakaran terbuka bagi mengelakkan berlakunya kebakaran berskala besar pada musim panas ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!