Belgium sisih khidmat Courtois

Iklan
Thibaut Courtois. Foto AFP

PENJAGA gol utama Belgium, Thibaut Courtois tidak akan menyertai skuad Euro Belgium ke Jerman 2024 selepas diketepikan hampir sepanjang musim akibat kecederaan.

Pengendali Belgium, Domenico Tedesco berkata, penjaga gol kelab LaLiga, Real Madrid itu yang telah bermain 102 perlawanan antarabangsa, tidak akan menjadi sebahagian daripada skuad ke temasya bola sepak negara Eropah tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami memberi tumpuan kepada pemain yang cergas,” kata Tedesco, setelah mencalonkan Koen Casteels penjaga gol kelab Jerman, Vfl Wolfsburg sebagai pilihan pertamanya di Euro Jerman 2024.

Pada Disember lalu, Courtois berkata, dia tidak akan cergas sepenuhnya untuk bermain di Jerman 2024 walaupun telah pulih lebih cepat daripada dijadualkan.

Iklan

Sebagai rekod, pemain berusia 31 tahun itu tidak bermain musim ini selepas mengalami kecederaan ACL pada Ogos lalu dan kecederaan meniscus pada Mac, namun menyatakan kesediaan untuk kembali ke kelabnya.

INFO

Iklan

Belgium yang diundi dalam Kumpulan E Euro 2024 akan memulakan kempen menentang Slovakia pada 17 Jun sebelum berdepan Romania dan Ukraine.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!