LTSIP sedia terima penerbangan antarabangsa
Iklan
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di Kota Bharu sedia menerima penerbangan antarabangsa hujung tahun ini. Gambar kecil: Kamaruzzaman
KOTA BHARU - Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini sedia menerima penerbangan antarabangsa hujung tahun ini.
Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Kamaruzzaman Razali berkata, kesediaan itu berdasarkan kepada kemudahan terminal baharu fasa 1 yang sudah beroperasi bermula pada Rabu.
Iklan
Iklan
"Kita (LTSIP) sudah siap sedia untuk penerbangan antarabangsa cuma menunggu peluang perbincangan lanjut.
"Alhamdulillah ketika ini perbincangan dengan pengendali perkhidmatan penerbangan antarabangsa sudah ada, berjalan lancar dan mereka berminat untuk datang ke Kota Bharu," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Rabu.
Keadaan terkini yang lebih selesa dan luas di terminal baharu LTSIP di Kota Bharu pada Rabu.
Iklan
Sebelum itu beliau turun padang meninjau hari pertama operasi terminal baharu LTSIP.
Beliau berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri dalam mengendalikan penerbangan antarabangsa.
Kamaruzzaman (kanan) beramah mesra dengan penumpang semasa beliau turun padang meninjau hari pertama operasi terminal baharu LTSIP di Kota Bharu pada Rabu.
Iklan
Ujarnya, buat masa ini LTSIP belum diiktiraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Kamaruzzaman memberitahu, bagaimanapun status itu akan dipohon sejurus penerbangan antarabangsa secara berjadual beroperasi penuh di negeri ini.
Tambah beliau, jika LTSIP dinaik taraf sebagai antarabangsa ia akan mengembangkan lagi ekonomi Kelantan pada masa hadapan menerusi kedatangan lebih ramai pelancong antarabangsa.
"Kelantan mempunyai banyak kelebihan yang masih boleh diterokai," katanya.
Dalam perkembangan lain, Kamaruzzaman memberitahu, secara purata jumlah penerbangan di Kelantan antara 30 hingga 35 sehari.
Katanya, dengan adanya kemudahan itu ia mampu menarik syarikat pengendali perkhidmatan untuk menambah kekerapan penerbangan ke negeri ini.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.