Real Madrid ikat Bayern Munich di Allianz Arena

Iklan
Vinicius (tengah) sumbang dua gol di Allianz Arena. Foto Agensi

BINTANG Real Madrid, Vinicius Jr menjaringkan dua gol, termasuk penalti penghujung perlawanan untuk keputusan seri, 2-2 ke atas Bayern Munich dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena, pada Rabu.

Pemain Brazil itu, yang meletakkan Real asuhan Carlo Ancelotti di hadapan pada minit ke-24, juga telah menjaringkan gol di separuh akhir untuk musim ketiga berturut-turut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Bayern kendalian Thomas Tuchel, bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada awal separuh masa kedua bagi mengubah permainan sebelum sepakan penalti Vinicius menyamakan kedudukan.

Rekod pertemuan kali kelapan kedua-dua pasukan di peringkat ini, Bayern lebih agresif apabila melakukan separuh percubaan ke gawang gergasi La Liga Sepanyol tersebut bermula minit ke-15 hasil gandingan Leroy Sane dan Harry Kane.

Iklan

Sementara itu, Real pula hanya memerlukan satu peluang untuk menjaringkan gol apabila Kroos membelah pertahanan Bayern dengan hantaran yang diterjemahkan Vinicius Jr untuk menewaskan penjaga gol Manuel Neuer.

Kroos hampir menambah satu lagi buat Real minit ke-51, namun percubaannya dinafikan kecemerlangan Neuer.

Iklan

Sebaliknya, Bayern yang menjaringkan gol dua minit kemudian dengan rembatan Sane untuk gol penyamaan minit ke-53.

Gol itu ternyata meningkatkan motivasi tuan rumah apabila Jamal Musiala dijatuhkan Lucas Vazquez yang kemudiannya dimanfaatkan Kane bagi menewaskan Andriy Lunin minit ke-57.

Real, yang memburu Piala Eropah ke-15, menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi penalti Vinicius untuk memulakan perlawanan timbal balik kedua di Madrid minggu depan.

Pemenang akan menentang sama ada Borussia Dortmund (Jerman) atau Paris Saint-Germain (Perancis), yang bertemu di separuh akhir kedua pada Khamis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!