Majikan kena sahut cabaran gajikan OKU penglihatan

Iklan
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

SHAH ALAM - Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) menggesa agar lebih banyak majikan tampil dan menyahut cabaran untuk terus menggajikan pekerja orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Presidennya, Mohamed Nazari Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Ekonomi SBM, Dr Wong Huey Siew dalam kenyataan bersama berkata, golongan berkenaan juga mampu untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan efektif dan berkesan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, generasi OKU penglihatan pada masa ini telah menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan berkebolehan untuk mengendalikan komputer bagi melaksanakan tugasan kerja di pejabat.

"Mereka turut terlibat dalam memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, khususnya di sektor ekonomi.

Iklan

"Hari ini, terdapat sejumlah pekerja OKU penglihatan yang bekerja di sektor swasta dan awam.

SBM menjelaskan, majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja OKU juga layak diberi pelepasan cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak dua kali ganda.

Iklan

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada mana-mana majikan dan organisasi yang telah menggaji OKU penglihatan.

"SBM mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja bagi tahun 2024 kepada semua pekerja OKU penglihatan di seluruh Malaysia.

"Semoga anda terus berkhidmat dan berbakti dengan cemerlang kepada majikan, organisasi, masyarakat dan negara.

"Mana-mana majikan yang berminat untuk mengambil OKU penglihatan bekerja boleh menghubungi SBM di talian 03-2274 6162 atau mana-mana persatuan OKU penglihatan yang lain," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!