Dua tayar kereta pecah terkena serpihan besi di LPT1

Iklan
Amirul ketika menukar tayar yang pecah dalam kejadian pada Isnin di ketika melalui laluan LPT1 hingga tular di media sosial pada Selasa.

BENTONG - Seorang penyelia pusat penyelenggaraan kenderaan di sini mengalami kerugian kira-kira RM400 selepas dua tayar kenderaannya pecah ketika perjalanan ke Lanchang pada Isnin.

Mohd Amirul Ariff Shamsudin, 30, antara mangsa puluhan kenderaan yang tersadai dipercayai terkena serpihan besi ketika melalui laluan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) hingga tular di media sosial pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Saya dalam perjalanan ke rumah mentua di Lanchang dari rumah di Bentong dan kira-kira jam 9.45 malam selepas Tol Karak, terdengar bunyi letupan tapi hanya berhenti di tepi jalan selepas keadaan kenderaan tidak seimbang.

"Masa berhenti, tayar belakang bahagian kanan sudah pecah dan memang nampak ada beberapa kenderaan lain berhenti mengalami masalah sama.

Iklan

"Selepas tukar tayar, saya teruskan perjalanan dan kira-kira setengah jam kemudian, sekali lagi dengar bunyi letupan. Saya terus berhenti di Hentian Lanchang dan lihat tayar belakang kiri pula menjadi pecah," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 20 kenderaan didakwa pancit akibat serpihan besi di LPT1

Ujarnya, insiden itu kali pertama dihadapi sepanjang menggunakan LPT.

Iklan

"Pada mulanya memang saya ingat unsur khianat tapi ada juga terdengar barang-barang logam yang jatuh atau tercicir dari sebuah lori.

"Jadi saya berharap situasi ini tidak berulang demi keselamatan pengguna," tambahnya turut membuat laporan polis di Lanchang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!