LHDN berhak geledah syarikat culas bayar cukai

Iklan
LHDN akan menggunakan kuasa mengikut peruntukan undang-undang sekiranya perlu mengambil tindakan penggeledahan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang dikenal pasti culas membayar cukai. Gambar hiasan

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menggunakan kuasa mengikut peruntukan undang-undang sekiranya perlu mengambil tindakan penggeledahan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang dikenal pasti culas membayar cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, pihaknya mempunyai kaedah tertentu dalam menentukan syarikat yang culas membayar cukai berdasarkan kepada kajian dan maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber.

Iklan
Iklan

"Bagi kes-kes tertentu yang ada keperluan kita guna kuasa kita untuk buat penggeledahan seperti diperuntukkan undang-undang.

Mengulas mengenai pelaksanaan projek rintis sistem invois elektronik (e-invois), Abu Tariq berkata, sistem tersebut akan bermula sepenuhnya pada Julai 2025.

Iklan

Dalam tempoh itu, beliau berkata, pihaknya akan menyediakan segala kemudahan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) antaranya melalui penggunaan portal percuma selain memberikan kesedaran dan pendidikan.

"Portal ini semua boleh guna, tetapi untuk syarikat-syarikat besar dengan pendapatan lebih RM100 juta, ia akan bermula 1 Ogos ini.

Iklan

"Syarikat besar ini mereka ada pilihan untuk membangunkan sistem mereka sendiri atau mungkin guna portal tersebut," katanya.

Inisiatif e-invois di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) diperkenalkan seiring dengan Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan (NESR) 2.0 dan Program Mangkin Malaysia Digital (Pemangkin).

Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terlibat dalam pelaksanaan e-invois yang akan dilaksanakan mulai 1 Ogos.

Syarikat dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta akan mula mengguna pakai e-invois pada 1 Jan 2025. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!