Kebakaran kilang cat: Polis terima dua laporan

Iklan
Polis menerima dua laporan berkaitan kejadian melibatkan kebakaran sebuah kilang cat di Taman Perindustrian Meru. Gambar kecil: Vijaya Rao

KLANG - Polis menerima dua laporan berkaitan kejadian melibatkan kebakaran sebuah kilang cat di Taman Perindustrian Meru pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, laporan awal sebelum itu diterima Pusat Kawalan Operasi (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Iklan
Iklan

"Laporan seterusnya dibuat oleh seorang individu yang merupakan pengarah urusan syarikat berkenaan pada jam 3.53 petang.

"Siasatan setakat ini masih dijalankan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bagi mengetahui punca kebakaran," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Pada Selasa, Jabatan Alam Sekitar menerusi kenyataan memaklumkan kualiti udara berhampiran lokasi kebakaran kilang cat terbabit menunjukkan nilai bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sederhana.

Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, Datuk Wan Abdul Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, bacaan berkenaan didapati berdasarkan pengawasan melalui stesen pengawasan kualiti udara automatik Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Pandamaran, Klang.

Iklan

Menurut beliau, nilai bacaan IPU yang diambil pada jam 8 malam adalah 69 iaitu pada tahap sederhana dan di bawah had yang ditetapkan oleh Standard Kualiti Udara Ambien Negara.

Jelas beliau lagi, enam parameter utama yang dicerap bagi menghasilkan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang menjadi petunjuk kepada tahap kualiti udara berkenaan.

Pada Isnin, sebuah kilang memproses cat musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, Kapar dekat sini.

Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, BBP Klang Utara dan BBP Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Selain itu, kerja pemadaman turut melibatkan anggota BBP Pelabuhan Klang, BBP Kota Raja, BBP Shah Alam, BBP Bukit Jelutong serta BBP Rawang yang melibatkan keseluruhan seramai 39 anggota.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!