JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara pantau situasi semasa

Iklan
Wan Abdul Latiff. Laporan Sinar Harian pada Isnin

SHAH ALAM - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menempatkan dua alat pengukur kualiti udara di Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Klang bagi memantau kualiti udara semasa susulan daripada kebakaran yang berlaku di premis pembuatan cat pada Isnin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, pengukuran gas-gas pencemar menggunakan Alat Portable Multigas Analyser dengan teknologi Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR) tidak mengesan sebarang gas-gas toksik di udara setakat jam 8 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya,, nilai bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang diambil berada pada tahap sederhana iaitu 69 dan masih di bawah had ditetapkan oleh Standard Kualiti Udara Ambien Negara.

"Tindakan penguatkuasaan juga diambil iaitu menerusi arahan kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa bahan kimia terbakar ke Premis Yang Dilesenkan (PYDT) oleh JAS," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan dua sekolah yang terletak berdekatan lokasi kilang cat terbakar di Taman Perindustrian Meru, Kapar dekat sini telah menutup sesi persekolahan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 dibuat atas faktor keselamatan.

Iklan

Dalam pada itu, Wan Abdul Latiff memaklumkan, penilaian di lapangan turut mendapati parit di sekitar kawasan sekolah berkenaan dicemari pigmen berwarna hijau dan kerja-kerja pembersihan selesai sepenuhnya pada petang Isnin.

"Selain itu, pemantauan pengaliran air daripada aktiviti pemadaman di kawasan premis akan dilakukan bagi memastikan air daripada aktiviti pemadaman tidak disalurkan ke kawasan perparitan luar premis dan menjejaskan kualiti air di kawasan tersebut.

"Merujuk kepada insiden kebakaran ini JAS akan meneruskan pemantauan berterusan bagi memastikan isu-isu berkaitan impak ke atas orang awam dan alam sekitar dapat ditangani segera," ujarnya.

Tambah beliau, JAS akan terus memantau bacaan IPU dari masa ke semasa dan bacaan IPU terkini setiap jam boleh dirujuk di laman http://apims.doe.gov.my/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyIPU di 'Google Play'.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!