MBI Selangor peruntuk RM3 juta insentif haji muassasah

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi insentif haji muassasah pada tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi insentif itu, sebanyak RM500 diberikan kepada seramai 6,000 bakal jemaah di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, jumlah bakal jemaah yang dibantu dan amaun yang diperuntukkan tahun ini adalah dua kali ganda berbanding tahun lalu.

"Sebagai persediaan memasuki bulan Zulkaedah, MBI akan melaksanakan insentif haji muassasah seperti yang diluluskan dalam Belanjawan Selangor 2024 pada November lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

"Insentif ini akan dilaksanakan melalui kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN, Pejabat Penyelaras DUN, dan MBI.

"Saya berharap usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini.," tambah beliau.

Iklan

Menurut Amirudin, insentif haji yang mula dilaksanakan sejak 2022 itu telah membantu seramai 6,000 jemaah muassasah di negeri ini.

"Seramai 3,000 jemaah dibantu pada tahun 2022, dan 3,000 lagi jemaah pada tahun lalu," kata beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!