Dadah baharu fentanyl 100 kali lebih bahaya daripada morfin

Iklan
Fentanyl yang diproses dalam bentuk tablet. (Gambar kecil: Muhamad Zaki) Gambar internet

KOTA BHARU - Polis Kelantan bekerjasama dengan wakil Parlimen dari Thailand bagi mengekang kemasukan dadah baharu fentanyl yang mempunyai kesan bahaya 100 kali ganda berbanding morfin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya kini giat dalam memberikan kesedaran dan menyebarkan maklumat berkaitan dadah berkenaan kepada anggota keselamatan dan orang awam.

Dadah baharu jenis fentanyl - Gambar internet.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wakil Parlimen dari negara jiran terbabit, Standing Committee on National Security of Border Affair National Strategy and National Reform dalam pada itu melakukan kunjungan bagi sama-sama membincangkan soal keselamatan di sempadan serta usaha mengekang penularan dadah berkenaan.

"Jadi, Polis Kelantan dan pihak negara Thailand bertemu untuk membincangkan strategi bagi menyekat kemasukan dadah berbahaya ini ke negara kita,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, pada Isnin.

Iklan

Ujar Muhamad Zaki, dadah berkenaan ialah jenis sintetik dan mengharapkan pasukan keselamatan serta orang awam mahupun media membantu dalam menyebarkan maklumat berkaitan dadah berbahaya terbabit.

"Selain itu, peranan media juga amat diperlukan dalam membantu menyebar maklumat dan mengekang pembolosan dadah ini.

Iklan

"Dadah fentanyl ini ada diproses dalam bentuk tablet seperti pil kuda,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!