Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera

Iklan
Letupan bom yang dipercayai diletakkan oleh penjenayah di Kampung Pasemas, Sungai Golok, Thailand, malam tadi.

KOTA BHARU - Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom yang dipercayai diletakkan oleh penjenayah di Kampung Pasemas, Sungai Golok, Thailand, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol. Col. Jadsadavit Inprapan berkata, kejadian berlaku pada jam 12.05 tengah malam, semasa anggota berkenaan dalam perjalanan bagi melaksanakan tugas-tugas keselamatan di pekan Sungai Golok dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, polis syak penjenayah telah menanam bom di laluan kenderaan anggota keselamatan berkenaan.

"Ketika tiba di simpang tiga berdekatan pangkalan, telah berlaku satu letupan dan penyerang turut menembak menggunakan pistol. Anggota keselamatan membalas tembakan itu sebelum penyerang kemudiannya melarikan diri,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Iklan

Empat anggota yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Sungai Golok bagi mendapatkan rawatan.

Jadsadavit berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian polis menemukan sebuah kenderaan model sedan berwarna putih yang mempunyai nombor plat negara jiran.

Iklan

Beliau berkata, susulan kejadian pihak keselamatan Thailand memperketatkan kawalan di sempadan bagi mengelak pergerakan penjenayah secara bebas di sekitar kawasan itu.

Pagi tadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu Bernama bahawa polis telah meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan yang dipercayai datang dari sekitar kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal pada Isnin. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!