Angkasa import beras, kena tunggu keputusan kerajaan

Iklan
Abdul Fattah (kiri) menyampaikan anugerah kepada penerima semasa Mesyuarat Agung Angkasa Negeri Kelantan di Kota Bharu, pada Isnin.

KOTA BHARU - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sedang menunggu keputusan daripada kerajaan berkait kelulusan permit mengimport beras dari Thailand.

Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, hal ini kerana Padiberas Nasional Berhad (Bernas) merupakan pengimport utama bahan mentah itu di negara ini.

Iklan
Iklan

"Beras yang dibawa masuk itu akan dijual kepada 7.2 juta ahli koperasi sahaja tanpa melibatkan pengguna luar," katanya semasa ditemui pada Mesyuarat Agung Angkasa Negeri Kelantan di sini, pada Isnin.

Sebahagian daripada ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Angkasa Negeri Kelantan.


Ujarnya, pada masa sama Angkasa mencadangkan supaya pihak koperasi dari negara berkenaan mengimport kelapa sawit menerusi 'sistem barter'.

Iklan

"Dengan cara ini kita dapat membantu mengukuhkan lagi sumber ekonomi koperasi yang mengusahakan tanaman kelapa sawit," katanya.

Abdul Fattah memberitahu, sebelum ini Angkasa telah memanjangkan hasrat tersebut kepada Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick selepas mengadakan perbincangan dengan koperasi di negara berkenaan.

Iklan

Ujar beliau, Angkasa berharap Ewon dapat membincangkan dengan Menteri Koperasi Thailand pada persidangan melibatkan Menteri Koperasi Asia Pasifik yang berlangsung di Jordan ketika ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!