PETRA, KPKT, TNB jalin kerjasama bagi pasang sistem solar

Iklan
Fadillah (tengah) melancarkan Sistem Penjanaan Tenaga Solar Pertama bagi Fasiliti Hospital di Pusat Perubatan Prince Court pada Isnin. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia, Jean-François Naa (kiri) dan Pengerusi IHH Healthcare Malaysia, Tan Sri Mohammed Azlan (kanan). Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan lebih ramai rakyat mampu menyertai program pemasangan solar di kediaman mampu milik.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia merupakan salah satu rancangan kerajaan dan terdapat insentif tertentu yang ditawarkan.

Iklan
Iklan

"Itu sebahagian program yang kita rencanakan sebab itu kita masukkan meter yang baharu ini, kuota baharu tapi untuk projek baharu ini, kita akan bekerjasama dengan TNB dan KPKT untuk bersama dalam program sebegini,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sistem Solar, IHH Healthcare Malaysia di Hospital Prince Court, di sini, pada Isnin.

Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai keupayaan untuk rumah mampu milik yang dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi memasang sistem tenaga solar berkenaan.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan, Fadillah pernah mengumumkan program Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS), bagi menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) oleh pengguna domestik.

Selain itu, menurut Fadillah, program tersebut menggalakkan hospital kerajaan untuk turut memasangnya bukan sahaja kepada fasiliti kesihatan swasta.

Iklan

Tambahnya, pihak beliau akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperluaskan inisiatif itu di semua hospital kerajaan di seluruh negara.

"Memandangkan banyak bangunan kerajaan lama, kita mulakan penggantian lampu yang banyak menggunakan tenaga elektrik supaya ada penjimatan, jadi solar perlu dipasang di bangunan pintar dan efisien.

"Bagi bangunan baru ia memang direncanakan termasuk bagi sumber air, bukan penjimatan elektrik sahaja,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!