Selatan Thailand masih selamat dikunjungi - Konsulat Malaysia

Iklan
Ahmad Fahmi. Laporan Sinar Harian

PATTANI, THAILAND - Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menjelaskan Selatan Thailand disifatkan masih selamat dikunjungi oleh rakyat Malaysia walaupun beberapa insiden pengeboman berlaku di sini.

Beliau berkata, hal ini kerana kebanyakan insiden itu berlaku di kawasan luar bandar dan tidak melibatkan lokasi tumpuan ramai.

Iklan
Iklan

"Apa yang berlaku ini bukan untuk memberi kesan kepada orang awam tetapi lebih kepada pihak yang bertelagah," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut beliau, secara asasnya rakyat Malaysia masih selamat untuk melancong di tiga wilayah Selatan Thailand.

Iklan

"Jangan pergi di kawasan yang sunyi dan seeloknya berjalan secara berkumpulan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, rakyat Malaysia mendahului senarai pelawat antarabangsa ke Thailand pada 2023, dengan seramai 4.56 juta orang.

Iklan

Menteri Pelancongan dan Sukan, Sudawan Wangsuphakijkosol berkata, Thailand yang dikenali sebagai 'The Land of Smiles,' menerima 28 juta pelawat antarabangsa tahun lepas.

Pelawat asing ini membelanjakan sejumlah 1.2 trilion baht (kira-kira RM161.52 bilion).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!