Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran

Iklan
Penduduk di Rantau Panjang mengesahkan mereka turut merasai gegaran letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal pagi Isnin. Foto ihsan pembaca

RANTAU PANJANG - Penduduk di sini mengesahkan mereka turut merasai gegaran letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal pagi Isnin.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Imi, 45, berkata, selain letupan dia mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kejadian itu berlaku sekitar 1.30 pagi. Waktu itu, saya dan keluarga sedang tidur sebelum dikejutkan dengan insiden berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, bunyi letupan itu turut didengari sejauh lima kilometer dari kawasan pekan Rantau Panjang.

Iklan

Ujarnya, selepas letupan itu beberapa pangkalan haram yang di terdapat di sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang ditutup buat sementara waktu.

Terdahulu tular klip video berkait insiden berkenaan selepas ia dimuat naik oleh penduduk tempatan menerusi laman sosial Facebook.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!