Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus

Iklan
Wanita itu memaklumkan bayinya disahkan songsang sejak usia kehamilan mencecah tujuh bulan. - Foto: Agensi

JAKARTA – Kegembiraan untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka buat seorang wanita di Indonesia.

Tribun-Medan.com melaporkan mangsa dikenali sebagai MS berusia 36 tahun dari Banjarmasin itu tidak dapat menahan kesedihan selepas kehilangan puteranya, gara-gara dipaksa melahirkan secara normal walaupun bayinya berada dalam kedudukan songsang.

Iklan
Iklan

Paling menyedihkan kepala bayinya turut terputus dan tertinggal di dalam rahim ketika proses kelahiran menyakitkan pada 14 April lalu.

Menurutnya, bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.

Iklan

"Saya dipaksa meneran sekuat hati. Suami saya amat terkejut apabila melihat bayi kami keluar tanpa kepala. Beberapa kakitangan perubatan itu kemudiannya menggunakan alat vakum untuk mengeluarkan kepala yang tertinggal," ujarnya yang kehilangan kata-kata dengan kejadian tersebut.

Lebih mengejutkan, pihak rumah sakit itu juga tidak memberi sebarang penjelasan tentang insiden kecuaian tersebut hingga menyebabkan mereka memutuskan untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa pada 19 April lalu.

Iklan

Difahamkan, bayinya sudah disahkan songsang sejak usia kehamilannya mencecah tujuh bulan.

Jenazah bayi itu yang kepalanya sudah dijahit pada badan dilaporkan selamat disemadikan berhampiran rumah datuknya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!