Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu hijrah ke Sarawak - Abang Jo

Iklan
Abang Johari (tengah) melawat reruai selepas merasmikan Hari Air Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan di Tebingan Sungai Kuching pada Ahad. Foto Bernama

KUCHING - Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta atau membeli hartanah bernilai tidak kurang RM1.5 juta.

Beliau berkata, ini bermakna ramai yang melihat Sarawak sebagai 'permata' dan prestasi ekonomi negeri itu berjaya mengatasi Johor.

Iklan
Iklan

"Kita telah berjaya mengatasi Johor, kita adalah antara tiga negeri teratas ketika ini dan tidak lama lagi mungkin mengatasi Selangor, sebab itu banyak orang yang hendak pindah ke sini.

"... kita mahukan orang yang boleh membawa idea baharu dan cadangan yang baik. Kalau hendak jadi penduduk tetap maka anda perlu laburkan wang anda di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Air Sedunia di sini pada Ahad.

Iklan

Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antara syarat untuk memperoleh status penduduk tetap di Malaysia ialah pemohon perlu membuat pelaburan di negara ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan