Keda rancang usahakan tanaman padi wangi, huma

Iklan
Jamil Khir (kanan) dan Ismasuhaimi semasa ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Keda di Kompleks Ibu Pejabat Keda, Alor Setar pada Ahad.

ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) kini dalam perancangan mahu mengusahakan tanaman padi wangi dan padi huma yang bakal menjadi pelengkap kepada pengeluaran beras di Kedah.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tanaman tersebut akan diusahakan di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya bagi memulihkan dan menaik taraf 400 hektar tanah selepas menerima peruntukan sebanyak RM1.25 juta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, projek tanaman rintis pembangunan padi wangi seluas 34.57 hektar dicadang dilaksanakan di Kampung Weng Dalam, Baling pada September atau Oktober tahun ini dan Keda sedang mengenal pasti pihak tertentu untuk membimbing peserta-peserta yang terlibat.

"Keda turut berhasrat untuk mempergiat penanaman padi huma.

Iklan

"Kita masih sedang mencari peserta yang berminat menyertai projek ini, kawasan bersesuaian untuk dibangunkan serta rakan strategik yang berpengalaman,” katanya pada sidang akhbar pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Keda di Kompleks Ibu Pejabat Keda, di sini.

Iklan

Turut hadir, Pengurus Besar Keda, Ismasuhaimi Shariff dan Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Keda, Khairul Azmeer Abu Bakar.

Jamil Khir berkata, hasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma itu adalah seiring dengan matlamat agensi itu membangunkan kawasan-kawasan terbiar di negeri ini,

Menurutnya, Keda mengambil tanggungjawab untuk membantu membangunkan kawasan tanah terbiar di luar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

"Jadi, kita cadang untuk laksanakan di tiga daerah iaitu Baling, Sik dan Padang Terap yang tidak termasuk dalam kawasan Mada.

"Usaha ini juga mungkin membolehkan kita menambah jenis variati beras di pasaran nanti.

"Harap-harap nanti produk jenama kita ini akan berjaya dan beras wangi Keda akan menjadi sinonim dengan rakyat di negeri ini,” ujar beliau.

Tambahnya, dalam waktu yang sama, penanaman ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan petani kerana harga padi beras wangi adalah tinggi berbanding padi beras putih tempatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!