USAHA berterusan tanpa mengenal erti putus asa akhirnya membuahkan hasil buat pasukan Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) apabila mengungguli acara futsal wanita Sukan Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2024.
Skuad futsal wanita MAKSWIP mewakili Kuala Lumpur bimbingan Mohamad Taufik Yaiyah menumpaskan Sabah 1-0 menerusi jaringan Jaciah Jumilis dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Sport City Indahpura, Kulai, Johor pada malam Sabtu.