Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB

Iklan
Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU - Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ahmad Samsuri berkata, pihaknya sedang berusaha keras bagi memastikan pelaburan tersebut dapat direalisasikan.

Iklan
Iklan

"Pada tahun lepas, Terengganu telah berjaya mencatatkan, jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM3.75 bilion.

"Jadi pada tahun ini, kita berusaha memastikan jumlah pelaburan yang masuk ke Terengganu akan terus meningkat seiring dengan hasrat bagi menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu Yang Ke-62 di Istana Syarqiyyah di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya juga kini berusaha untuk mempelopori penjanaan pendapatan baharu melalui pelaburan dalam beberapa bidang.

Iklan

Menurutnya, bidang tersebut merangkumi pengeluaran hidrogen hijau dan unsur nadir bumi (REE) dengan mengadakan siri-siri perbincangan bersama syarikat utama dan terkemuka daripada negara-negara luar.

Selain itu, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya turut menyasarkan seramai 4.5 juta kehadiran pelancong ke negeri ini bagi tahun 2024 berbanding 3.6 juta pelancong, yang direkodkan pada tahun lepas.

Justeru, beliau berkata, sebanyak 12 acara utama dan 62 acara sampingan telah dirancang, melalui Kalendar Acara Tahunan 2024 (Calendar of Events 2024).

"Ini bagi meningkatkan limpahan manfaat, daripada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi mempromosikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan utama dalam negara," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!