Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Iklan
GUA MUSANG - Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua mereka dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.