Aksi istimewa Zii Jia, Cheuk Yiu

Iklan
Zii Jia (kanan) menewaskan Cheuk Yiu dalam saingan Kumpulan D Piala Thomas 2024 di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech, Chengdu.

PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia menyifatkan pertemuan dengan wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yiu sebagai satu pengalaman yang menarik.

Malah beliau berkata, kejayaan menyumbang mata pertama buat negara selepas menewaskan Cheuk Yiu dalam saingan Kumpulan D Piala Thomas sebagai sesuatu yang amat istimewa.

Iklan
Iklan

Biarpun berasa tertekan sebelum aksi, namun pemain nombor 10 dunia itu cuba fokus kepada permainan dan ia berjaya membuahkan hasil positif.

"Saya bermain baik hari ini (Sabtu), namun merasa sedikit tekanan sebelum perlawanan. Ia satu perlawanan yang mencabar berdepan Hong Kong.

Iklan

"Kalau anda lihat secara keseluruhan kekuatan Malaysia kali ini tidak begitu hebat kerana ketiadaan Ng Tze Yong. Tetapi saya sangat gembira dapat menang aksi pertama," katanya.

Zii Jia membuka skrip kejayaan Malaysia ke atas Hong Kong 5-0 apabila mengutip mata pertama setelah menewaskan Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam saingan selama 45 minit di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech, Chengdu.

Iklan

Kejayaan tersebut merupakan kemenangan kedua Zia Jii dalam pertemuan dengan Cheuk Yiu di pentas antarabangsa.

Zii Jia turut mendedahkan tiada formula istimewa untuk menewaskan rakan baiknya itu sambil kedua-dua jurulatih mereka mempunyai kaitan yang menarik.

"Tiada percaturan istimewa. Saya lihat coach (jurulatih) Wong Choong Hann di sana (jurulatih Hong Kong) coach (jurulatih) Wong Tat Meng (jurulatih Zii Jia) di sini.

"Saya rasa situasi yang sama dihadapi oleh Cheuk Yiu dan ia satu pengalaman yang menarik. Saya dan Cheuk Yiu ialah rakan baik dan kita banyak berbincang antara satu sama lain berkenaan badminton," katanya.

Tat Meng pada Julai tahun lalu meletakkan jawatan selaku jurulatih pasukan badminton Hong Kong apabila memilih untuk menjadi jurulatih Zii Jia selepas dia 'berpisah' dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya pada November 2022.

Choong Hann yang merupakan bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), pula dilantik menjadi ketua jurulatih perseorangan Hong Kong selepas itu.


CHENGDU 2024

PIALA THOMAS:

Kumpulan A

Korea Selatan lwn Australia - 1 tengah hari

China lwn Kanada - 6 petang

Kumpulan B

Jepun lwn Republik Czech - 8.30 pagi

Taiwan lwn Jerman - 1 tengah hari

Kumpulan D

Denmark lwn Hong Kong - 1 tengah hari

Malaysia lwn Algeria - 6 petang

PIALA UBER:

Kumpulan A

India lwn Singapura - 8.30 pagi

China lwn Kanada - 1 tengah hari

Kumpulan B

Taiwan lwn Malaysia - 8.30 pagi

Thailand lwn Australia - 8.30 pagi

Kumpulan D

Denmark lwn Mexico - 6 petang

Korea Selatan lwn Amerika Syarikat - 6 petang

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!