Gopeng pusat tarikan semula jadi

Iklan
Menunggang ATV merupakan sebahagian aktiviti lasak yang terdapat di Gopeng Glamping Park.

GOPENG - Pemandangan hijau dalam kampung tradisional di Gopeng Glamping Park zahir keunikan tersendiri apabila menawarkan penginapan berkonsepkan percutian perkhemahan gaya glamor kepada pengunjung.

Terletak di Kampung Chulek, pusat pelancongan ini menjadi pilihan keluarga dan peminat sukan lasak untuk beriadah serta merasai aktiviti air, pendakian selain pengalaman meneroka gua batu kapur.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Glamping Park Travel and Tour Sdn Bhd, Mohd Nor Arif Mohd Azmi berkata, konsep penginapan gaya perkhemahan mula mendapat tempat di hati pengunjung yang mahu keluar daripada suasana hiruk pikuk ibu kota.

Fasiliti barbeku turut disediakan untuk pengunjung.

"Pusat pelancongan ini ditubuhkan pada 2018 antara penginapan pertama menggunakan konsep seumpamanya di Perak.

Iklan

"Lokasi ini menawarkan beberapa pilihan aktiviti daripada tempat percutian tenang dan santai kepada budaya, warisan serta aktiviti bersejarah.

Persembahan api mendebarkan ketika bersantai sambil menikmati makan malam.

"Tempat penginapan direka lengkap dengan fasiliti memudahkan pengunjung mengadakan pertemuan hujung minggu, 'team bulding', parti atau perayaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurut Mohd Nor Arif, antara aktiviti disediakan termasuklah water rafting, menjelajah Gua Tempurung dan menunggang kenderaan lasak pelbagai permukaan (ATV).

"Sungai Kampar terkenal dengan aktiviti rafting tahap tiga dan river tubing manakala atau menuruni cerun curam tebing air terjun menggunakan peralatan bertali (waterfall abseiling) pula sudah pasti mencabar ketahanan fizikal dan mental.

Meneroka Gua Tempurung antara aktiviti wajib dikunjungi.

"Selain itu, Bukit Batu Putih yang mempunyai ketinggian 310 meter turut menjadi tumpuan kerana laluan mendaki yang sesuai untuk peringkat kanak-kanak seawal usia lapan tahun sehingga warga emas.

"Puncak bukit yang mengambil masa 30 hingga 40 minit perjalanan menyajikan pemandangan menarik berlatar belakangkan daerah Gopeng sama ada ketika matahari terbit atau terbenam,” katanya.

Tambahnya, selepas penat seharian, pengunjung akan disajikan persembahan api sambil menikmati makan malam.

Aktiviti 'water rafting' memberi cabaran kepada pencinta sukan ekstrem di Sungai Kampar.

Jelas Mohd Nor Arif, walaupun terpalit dengan kes kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau dikenali sebagai Acap pada 2019, imej Gopeng sudah beransur pulih.

"Kita berhasrat mahu mengembang sayap ke beberapa daerah dan berusaha menarik pelancong untuk datang ke daerah ini sempena Tahun Melawat Perak 2024,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!