Dua tuntung sungai dijumpai mati tersangkut rawai
Iklan
Tuntung juvenil dijumpai dalam keadaan lemah akibat tersangkut pada rawai dalam kejadian di Sungai Kemaman, minggu lalu.
KEMAMAN - Dua ekor tuntung sungai dijumpai mati tersangkut pada rawai yang digunakan untuk menangkap ikan di Sungai Kemaman dekat Kampung Pasir Gajah, di sini minggu lalu.
Pengasas Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura dan Labi-labi Malaysia (TCS), Dr Chen Pelf Nyok berkata, haiwan berkenaan ditemukan oleh penduduk setempat dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke pusat pemuliharaan itu untuk tindakan lanjut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, spesies haiwan terancam itu bagaimanapun gagal diselamatkan dan terpaksa ditanam di kawasan berdekatan sungai tersebut.
"Ketika ditemui, tuntung juvenil ini sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja dan kita tidak tahu berapa lama ia lemas.
Iklan
"Kita berusaha untuk hidupkan kembali haiwan tu malangnya gagal. Berdasarkan ukuran setiap seekornya sepanjang 40 sentimeter (cm) dan 35 cm. Kita tidak dapat menimbang berat haiwan itu kerana fizikal kedua-duanya sudah mengembang," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Dua ekor tuntung juvenil yang dijumpai mati tersangkut pada rawai ditanam berdekatan Sungai Kemaman. Pengurus projek, Wang Kang Lung bersama tuntung yang dijumpai mati di Sungai Kemaman, minggu lalu.
Beliau berkata, hidupan yang dilindungi sepenuhnya dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 itu sebelum ini sering berdepan ancaman daripada alatan menangkap ikan.
Iklan
"Pada 2019 terdapat kes tuntung sungai tersangkut pada taut iaitu alat tangkapan ikan yang digunakan oleh penduduk setempat.
"Selain itu haiwan ini juga pernah berdepan dengan aktiviti tuba ikan di sungai dan terbaharu dua ekor tuntung yang hampir matang ditemui tersangkut pada rawai dan tidak dapat diselamatkan," ujarnya.
Jelas beliau, tuntung merupakan spesies hidupan liar yang amat terancam disebabkan aktiviti kutipan telur, tersangkut pada pukat atau rawai serta kehilangan habitat akibat aktiviti penyedutan pasir sungai.
"Haiwan ini hanya dijumpai di tiga buah negara iaitu Kemboja, Thailand dan Malaysia.
"Bagi memastikan spesies ini terus terpelihara, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan TCS menjalankan konservasi tuntung sungai di Kedah, Perak dan Terengganu," ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal