PRK: Kementerian Komunikasi, Japen buka pusat media

Iklan
Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat melakukan persiapan menjelang hari penamaan calon esok ketika tinjauan Bernama di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor bertempat di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada Jumaat. Foto Bernama

HULU SELANGOR - Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan (Japen) akan membuka pusat media, sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Kementerian Komunikasi dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan pusat media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan KKB, Aras 1, Bangunan UMNO Hulu Selangor, Jalan Pahang, di sini, akan mula beroperasi esok hingga 11 Mei, dari 9 pagi hingga 9 malam.

Iklan
Iklan

"Wakil-wakil media dijemput untuk menggunakan kemudahan yang disediakan, serta mendapatkan maklumat di pusat media tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Muhamad Hikal Aripin di talian 012-3420989 dan Muhammad Faiz Amzar Mohd Arif di talian 012-3677134.

Iklan

PRK KKB diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan