Terengganu kenal pasti lokasi penerbangan antarabangsa ke LTSM
Iklan
Razali
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu berhasrat untuk mewujudkan penerbangan antarabangsa ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri itu.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris berkata, beberapa lokasi penerbangan antarabangsa telah dikenal pasti antaranya Seoul, Osaka, Istanbul, Dubai, Doha, Melbourne dan Guangzhou.
Iklan
Iklan
"Perkara itu masih di peringkat perbincangan awal bersama beberapa syarikat penerbangan sebagai usaha untuk meningkatkan lagi bilangan penumpang di LTSM.
"Kalau mereka tak minat dengan penerbangan domestik, kita perkenalkan pula penerbangan antarabangsa di LTSM," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Mohd Husaimi Hussin (Bersatu-Hulu Besut) mengenai bilangan penumpang LTSM pada 2022 dan 2023 ketika sesi soal jawab lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini pada Khamis.
Jelas Razali, jumlah penumpang yang mendarat dan berlepas di LTSM sebanyak 611,412 orang pada 2022 sementara bagi tahun 2023 pula seramai 593,095 penumpang.
Iklan
Dalam perkembangan lain, Razali berkata, pihaknya sedang memantau kewujudan jeti-jeti haram di kawasan pelancongan pantai dan pulau di daerah Setiu.
"Antara rancangan jangka pendek kita memajukan industri pelancongan ialah dengan melakukan proses pemutihan jeti-jeti yang beroperasi tanpa kebenaran pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan terutamanya dari aspek keselamatan.
"Bagi rancangan jangka masa panjang pula adalah termasuk meneroka potensi bagi pengurusan jeti secara bersepadu untuk ke pulau-pulau peranginan," katanya bagi menjawab soalan Mohd Yusop Majid (Bersatu-Permaisuri) mengenai perancangan memajukan sektor pelancongan di kawasan tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai isu muara cetek pula, beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melantik syarikat perunding bagi menjalankan kajian pemuliharaan muara Sungai Merang di daerah Setiu.
"Pihak JPS juga telah memohon kelulusan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi pemuliharaan Muara sungai Merang.
"Status terkini melibatkan tempoh pendekatan pengurusan nilai, peringkat kejuruteraan nilai dan peringkat semakan nilai yang perlu dilaksanakan oleh kementerian," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal