Pensyarah genomik terima anugerah MyHero 4.0

Iklan
BENG KAH

SUBANG JAYA - Siapa sangka, rasa simpati dan empati terhadap seorang bapa tunggal yang menghidap kanser telah menjadi titik permulaan kepada seorang pensyarah biologi, Dr Song Beng Kah berbakti dalam aktiviti kemasyarakatan.

Berusia 52 tahun, anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu mengakui merasa puas dengan penglibatannya dalam aktiviti tersebut sebagai sukarelawan bagi membantu mana- mana pihak yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

Iklan
Iklan

Malah, komitmen serta semangatnya untuk menghulurkan tangan sehingga menubuhkan sendiri pasukan sukarelawan, Hao-Shi yang dianggotai 40 orang rakan-rakannya yang lain.

Ketika ditemui Sinar Harian di sebuah universiti swasta di sini, Beng Kah yang pakar dalam bidang genomik itu berkongsi pengalamannya mengikuti pelbagai misi membantu meringankan bebanan orang lain.

Iklan

"Saya bertuah kerana mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Malah, aktiviti yang dilakukan juga menjadi semakin lebih mudah.

"Tidak kira sama ada bantuan yang dihulurkan itu dalam bentuk tenaga khidmat sosial atau kewangan, bagi saya ia sudah cukup untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka dalam kesusahan,” katanya di sini baru- baru ini.

Beng Kah secara peribadi mengakui merasa bahagia apabila melihat orang lain yang dibantunya gembira.

Iklan

Dalam pada itu, Beng Kah turut mengakui pengalaman hidup yang dilaluinya semasa zaman kanak-kanak turut menjadi motivasi kepada dirinya untuk meneruskan usaha murni tersebut.

Ini kerana katanya, peristiwa yang berlaku ketika itu banyak mengajarnya erti susah selain turut merasai penderitaan yang dialami oleh mereka yang ditimpa musibah.

"Setiap manusia ada ‘mirror neuron’, maksudnya kalau ada orang lain sakit, kita secara sedar atau tidak, turut merasai kesakitan itu.

"Walaupun dia (orang yang ditimpa kesusahan) bukan saya, tetapi saya rasa bahagia apabila dapat lihat orang lain gembira. Oleh sebab itu, saya tidak pernah rasa penat untuk melaksanakan kerja-kerja sukarela,” ujarnya.

Kesungguhan Beng Kah yang memberikan sepenuh usia, masa dan tenaganya terhadap aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawan telah menyaksikan beliau diangkat sebagai salah seorang penerima Anugerah MyHero 4.0 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) bersama akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau.

My Hero 4.0 merupakan pengiktirafan kepada individu yang memiliki keberanian serta keazaman dalam menggalakkan perpaduan negara serta keharmonian kaum.

Dalam pada itu, Beng Kah menyifatkan anugerah MyHero 4.0 itu merupakan pengiktirafan terhadap hasil usaha semua sukarelawan Hao-Shi.

"Saya juga berharap agar suatu hari nanti akan ada lebih ramai orang yang menyertai kerja-kerja amal dan sukarelawan kerana untuk kumpul dana lebih mudah berbanding dapatkan sukarelawan,” ujarnya.