'Satu kehilangan besar buat TLDM, negara' - Wan Rosdy

Iklan
Sekeping gambar mengucapkan takziah dimuat naik di Facebook milik Wan Rosdy pada Selasa.

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung sebelum terhempas di Lumut, Perak sebagai satu kehilangan besar buat TLDM dan negara.

Beliau berkata, tragedi itu cukup menyentuh perasaannya apabila 10 perwira negara terkorban.

Iklan
Iklan

"Saya merasa cukup sedih dengan tragedi dua buah helikopter TLDM yang terhempas selepas berlanggar di udara ketika mengadakan raptai pada pagi tadi sehingga mengorbankan 10 perwira negara.

"Sudah pastinya tragedi ini merupakan satu kehilangan yang cukup besar kepada negara dan juga TLDM," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Beliau bersama kerajaan dan seluruh rakyat negeri Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

"Kami berharap mereka tabah menghadapi dugaan yang berat ini," katanya.

Iklan

Dalam kejadian itu seramai 10 kru iaitu masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) TLDM dan tiga kru Fennec TLDM terkorban.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!