Raja Permaisuri Agong serikan sambutan Aidilfitri pejuang kanser

Iklan
Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejuang Kanser bersama lebih 300 pejuang dan ahli keluarga mereka yang berlangsung di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) hari ini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berkenan berangkat ke majlis itu adalah anakanda Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Iklan
Iklan

Hadir sama, isteri Menteri Besar Johor Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor serta isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Puan Sri Dr Noor Azizah Abdul Latiff.

Raja Permaisuri Agong dan Tunku Tun Aminah turut berkenan mengurniakan sumbangan Hari Raya kepada 50 pejuang kanser sambil beramah mesra.

Iklan

Majlis anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) turut diserikan dengan persembahan Aidilfitri Yayasan Warisan Johor serta nyanyian artis terkenal tanah air Farhan Azizan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan