Helikopter TLDM terhempas: Kerajaan akan umum bantuan khas untuk waris
Iklan
Fadillah pada sidang media berhubung insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini. Foto Bernama
LUMUT - Kerajaan akan menyediakan bantuan khas kepada waris 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di sini pada Selasa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kebajikan waris yang terlibat dalam kejadian itu kini menjadi keutamaan kerajaan.
Iklan
Iklan
"Perdana Menteri akan umumkan apa juga bantuan dan sokongan daripada kerajaan kepada keluarga mangsa ini.
"Saya yakin sudah pasti ada antara mereka yang mencarum di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), ada juga yang sudah ada pencen dan sebahagiannya mempunyai insurans," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan ke Pangkalan TLDM Lumut di sini pada Selasa.
Iklan
Fadillah berkata, setakat ini semua waris mangsa telah berada di Hospital Angkatan Tentera Lumut untuk proses pengecaman kecuali keluarga anggota dari Sabah yang masih dalam perjalanan.
Katanya, diakui kemalangan yang berlaku memberi kesan mendalam kepada ahli keluarga apatah lagi mereka yang terkorban kalangan pegawai dan anggota yang masih muda.
Iklan
"Saya sempat ziarah dan berjumpa dengan waris.
'Dalam kejadian ini bukan sahaja waris, kita sendiri akan berasa sedih dan dapat merasai kesedihan mereka.
"Apatah lagi majoriti mereka daripada keluarga muda. Pilot muda dan anggota muda. Anak-anak pun masih kecil.
"Jadi bayangkanlah anak yang berusia tiga tahun tidak tahu apa-apa kehilangan sama ada ibu atau bapa," katanya.
Beliau mengingatkan agar semua pihak termasuk media tidak membuat sebarang spekulasi akan kejadian itu bagi menghormati waris mangsa.
"Kalau boleh jangan paparkan perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang sensitiviti waris mangsa berhubung dengan kejadian ini.
"Biarlah polis dan tentera buat siasatan, kita tunggulah laporan sepenuhnya nanti," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.