Polis Indonesia gagalkan cubaan memperdagangkan 24 pekerja ke Malaysia
Iklan
JAKARTA - Polis Indonesia menggagalkan cubaan memperdagangkan 24 pekerja migran ke Malaysia, di barat Wilayah Sumatera Utara.
Jurucakap Polis Sumatera Utara, Hadi Wahyudi memberitahu media tempatan pada Isnin bahawa bot membawa 24 pekerja migran itu dipintas oleh unit polis marin di perairan Pantai Labu, Keregenan Deli Serdang, pada Sabtu.