TUMPAT - Polis menahan dua lelaki dan merampas 1,064 pil yaba bernilai RM11,182 menerusi dua serbuan di sini, pada Khamis dan Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, dalam serbuan pertama kira-kira 6 petang, Khamis lepas, polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba bernilai RM5,962 dalam beg silang miliknya.